Pages

Thursday 10 October 2013

Alat - Alat Berfikir

http://eemoticons.net Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrumen yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan, Peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. Sebenarnya, CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort. 

Antaranya termasuklah : 

PMI       : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting)
CAF       : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors)
C & S    : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal)
AGO     : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives)
FIP        : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities)
APC      : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) 
OPV      : Pandangan orang lain (Other People’s Views) 

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya. 

SOALAN 1 : ALAT BERFIKIR ALAT CORT 
 Soalan : Aplikasikan PMI ke atas idea menonton mesti membayar mengikut jam. 

PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas pandangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi. 
 P – Plus Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
 M – Minus Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
 I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.

Dalam membuat keputusan anda sesuatu perkara idea itu baik atau tidak, adalah lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak menerima atau menolak idea itu. Antara kebaikan, keburukan dan perkara menarik untuk menjawab soalan ibu yang meletak tabung syiling dia atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam adalah seperti berikut : 

 KEBAIKAN :
• Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.
 • Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen. 
• Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. 
• Mendisiplinkan anak-anak daripada membuat perkara sia-sia
• Membentuk sebuah keluarga yang bahagia dengan mempunyai anak-anak yang berdisiplin tanpa menonton televisyen secara berlebihan. 
• Menambah duit dalam tabung menonton televisyen. 

KEBURUKAN: 
• Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran aktiviti kesukaan mereka disekat . 
• Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar menonton televisyen. 
• Duit simpanan anak-anak semakin berkurang semata-semata untuk membayar tabung menonton televisyen. • Menghalang perkembangan otak anak-anak dengan tanpa melihat dunia luar melalui televisyen. 
• Menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan. 
• Anak-anak dikhuatiri bertambah ‘liar’ apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak dituruti. 

MENARIK: 
• Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton televisyen secara berlebihan. 
• Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin. 
• Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menangani masalah anak-anak. 

Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah lain. Tamsilnya, mengehadkan rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anak-anak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan seperti rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.

 Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja. 

 CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut:

 Faktor Sosial 
1. Merapatkan tali perhubungan antara rakan sekerja.. 
2. Mewujudkan integriti dalam pelbagai kaum. 
3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.
 4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu. 5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu. 

 Faktor Alam Sekitar 
1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan. 
2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak seperti ketika waktu pergi kerja dan waktu pulang dari tempat kerja. 

 Faktor kesesakan/ masa
 1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 
2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.

 Faktor kewangan 
1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran . 
2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan. 

Faktor keselesaan 
1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa 


Tuesday 1 October 2013

setiap manusia memerlukan pendidikan dalam kehidupan untuk memastikan kehidupan mereka lebih bahagia, cemerlang dan terbilang. Jadi, jom kita sama -sama mengetahui apa itu kemahiran belajar

Thursday 12 September 2013

KEMAHIRAN BELAJAR

http://eemoticons.net

KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:
-         Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
-         Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
-         Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
-          Memupuk disiplin kendiri pelajar.
-          Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
-          Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
-         Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
-         Meningkatkan daya ingatan pelajar.
-          Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
-          Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
-          Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.

                                           TEKNIK MEMBACA BERKESAN

                                        KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS
SKIMMING membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.
SCANNING Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

                                      KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS
SQ3R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.  Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ3R:


S
Q
R
R
R
 SURVEY
QUESTION
READ
RECITE
REVIEW
Skim bahan bacaan.  Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca.  Gunakan soalan sebagai panduan.
Fikirkan apa yang dibaca.  Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui.
Jawab soalan.  Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk.
Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.

Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.
Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.
Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.
Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.
Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:
K  (know)       – Apa yang telah diketahui
W (want)        – Apa yang ingin diketahui
 L  (learned)    – Apa yang didapati selepas membaca
  H (how)          – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.
Teknik ini bertujuan memberikan pelajar
 (i)  peluang   membaca secara kritis
(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca 
(iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui
 (iv) mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-    perkara tambahan yang perlu diketahui lagi 
(v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.

Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat  jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

 KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Menulis nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar.
Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari . Kemahiran menulis nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di universiti yang memerlukan daya usaha pelajar sendiri. Pelajar perlu menggunakan kemahiran menulis nota yang betul sambil mendengar penerangan pensyarah. Selain itu,  juga nota pelajaran di universiti tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal ataupun rencana suratkhabar. Oleh itu, pelajar perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulangkaji.
Faktor kegagalan pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar tidak mempunyai nota yang tersusun ataupun langsung tidak mempunyai nota. Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu kuliah dapat mengingat 90-100% daripada yang didengar. Sebaliknya untuk pelajar yang tidak mencatat nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu.

Menulis nota mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
i. Nota yang tersusun memudahkan pelajar mengenal pasti idea utama kuliah.
ii. Menulis nota akan membantu pelajar memahami kuliah dengan lebih mendalam.
iii. Nota adalah simpanan kekal yang dapat membantu pada masa depan.
iv. Biasanya pensyarah akan membuat soalan peperiksaan berdasarkan nota kuliah yang diberi.
v. Nota kuliah mengandungi maklumat yang mungkin tidak terdapat dalam sumber rujukan yang lain.

Beberapa teknik menulis nota yang didapati berkesan ialah:
i. Pen merupakan alat utama yang perlu diberi perhatian ketika menulis nota. Maka, jenis pen yang sesuai mestilah digunakan untuk memastikan keselesaan ketika menulis nota.
ii. Kelancaran penulisan amat diperlukan untuk memastikan pelajar dapat menuliskan kesemua fakta dengan berkesan. Oleh yang demikian, pelajar mestilah memilih pen dan kertas yang bersesuaian.
iii. Sebelum menulis nota, perlu menyediakan ruang untuk mencatat komen ketika membuat ulang kaji nanti. 

Terdapat juga pelajar yang menggunakan tiga perempat dari kertas “foolscap” untuk menulis nota. Ruangan yang tinggal digunakan untuk menulis nota tambahan atau komen.
Semasa berada dalam kuliah, pelajar mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya. Jika terdapat bahagian yang kurang jelas, pelajar perlu bertanya kepada pensyarah. Semasa kuliah pelajar perlu untuk,
i. mendengar isi yang disampaikan secara kritikal supaya dapat mencatat isi penting.
ii. mencatat nota dalam bentuk yang ringkas dan dapat difahami oleh pelajar sendiri. Pelajar boleh mewakilkan perkataan tertentu dengan simbol yang mudah difahami.
iii. mencatat nota untuk diri sendiri dan sebarang modifikasi, bentuk, lakaran dan sebagainya boleh digunakan mengikut kefahaman individu.
iv. merujuk kepada rakan sekelas atau berjumpa dengan pensyarah jika terdapat sesuatu yang dirasai tidak faham atau salah tercatat dalam nota.
v. mendapatkan nota daripada pensyarah ataupun meminjam dengan rakan sekelas yang lain sekiranya pelajar tidak menghadiri ke kelas.

 5 langkah dalam mencatat nota:
i. Pelajar perlu membaca bahan-bahan yang berkaitan sebelum hadir ke kuliah yang akan datang. Pelajar perlu mempunyai rangka kasar tentang kuliah yang akan disampaikan supaya memudahkan kerja mencatat isi dan idea penting.
ii. Pelajar juga perlu bertumpu kepada soalan yang dikemukakan oleh pensyarah dalam kuliah dan mencatat penerangan yang diberikan oleh pensyarah.
iii. Pelajar perlu mencatat dengan tersusun untuk memudahkan kerja mengulangkaji.
iv. Pelajar perlu membaca semula nota yang dicatat secepat mungkin selepas kuliah.

Mencatat nota penting dalam proses pembelajaran kerana ia dapat membantu pelajar mengingat semula isi-isi penting yang dicatat. 

KEMAHIRAN MENGURUS MASA

Untuk pengurusan masa yang paling berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu persendirian. Segala aktiviti yang akan dijalankan dalam masa 24 jam perlulah dicatatkan dalam jadual waktu. Seseorang yang mengamalkan tabiat ini dapat menggunakan masanya dengan optimum. Seseorang yang pandai menguruskan masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya.
Terdapat 6 faktor utama yang dikenali sebagai faktor kejayaan kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Salah satu faktor kejayaan adalah mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan. Biasanya pelajar yang ketinggalan sentiasa menangguhkan kerja dan suka mencari alasan, akhirnya mereka tidak dapat menyiapkan kerja dan meniru hasil kerja orang lain. Mereka adalah tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai pengurusan masa yang berkesan. 


Pelajar perlu bertindak dengan bijaksana dalam menguruskan masa supaya mendapat keseimbangan antara aktiviti mengulangkaji dan aktiviti lain. Kegagalan seseorang pelajar menguruskan masa adalah faktor utama kegagalan dalam pelajaran.

KEMAHIRAN MENDENGAR
http://eemoticons.net

Mendengar merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan dan sebanyak 70% daripada masa belajar menggunakan kaedah mendengar. Pelbagai maklumat dan pengetahuan dapat diterima dengan menggunakan kemahiran mendengar. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran mendengar penting dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah kemahiran yang paling asas bagi mahasiswa di universiti. Proses pengajaran di universiti kebanyakannya tertumpu kepada proses mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.
Aktiviti mendengar sering dianggap sebagai satu aktiviti yang mudah, tetapi pelajar masih menghadapi kesukaran untuk mendengar secara berkesan. Perkara utama dalam proses mendengar adalah memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pensyarah yang sedang menyampaikan kuliah. Sebagai seorang pelajar perlu mempunyai kemahuan, minat, disiplin diri dan penumpuan yang sepenuhnya untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Untuk mencapai proses mendengar yang paling berkesan, pelajar perlu mencatat isi, maklumat dan fakta penting yang telah dinyatakan oleh pensyarah semasa kuliah. Semua deria akan berfungsi serentak pada masa yang sama, keadaan ini akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang apa yang sedang dipelajari 
http://eemoticons.net Selain itu, pelajar juga boleh bersikap optimis dan percaya bahawa topik yang dibincangkan berfaedah, ini akan memberi dorongan pelajar untuk terus mendengar. Selain itu, pelajar perlu sentiasa menggunakan daya imaginasi sendiri dan membuat hubungkait di antara maklumat yang diperolehi untuk mengemukakan soalan. Dengan cara ini, fikiran pelajar akan lebih tertumpu kepada topik yang dibincangkan oleh pensyarah semasa kuliah.

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Pelajar perlu membiasakan diri berada di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kebanyakan pelajar berasa malu dan masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Kemahiran membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran pembelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini adalah disebabkan pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah sahaja. Dengan mempunyai kemahiran membuat rujukan, pelajar akan lebih menguasai dan mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan. Pelajar perlulah rajin bertanya kepada perpustakawan sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan perpustakaan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya dapat mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki.





Sunday 25 August 2013