Pages

Thursday 10 October 2013

Alat - Alat Berfikir

http://eemoticons.net Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrumen yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan, Peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. Sebenarnya, CoRT menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort. 

Antaranya termasuklah : 

PMI       : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting)
CAF       : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors)
C & S    : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal)
AGO     : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives)
FIP        : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities)
APC      : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) 
OPV      : Pandangan orang lain (Other People’s Views) 

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya. 

SOALAN 1 : ALAT BERFIKIR ALAT CORT 
 Soalan : Aplikasikan PMI ke atas idea menonton mesti membayar mengikut jam. 

PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas pandangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi. 
 P – Plus Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
 M – Minus Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
 I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.

Dalam membuat keputusan anda sesuatu perkara idea itu baik atau tidak, adalah lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak menerima atau menolak idea itu. Antara kebaikan, keburukan dan perkara menarik untuk menjawab soalan ibu yang meletak tabung syiling dia atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam adalah seperti berikut : 

 KEBAIKAN :
• Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.
 • Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen. 
• Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. 
• Mendisiplinkan anak-anak daripada membuat perkara sia-sia
• Membentuk sebuah keluarga yang bahagia dengan mempunyai anak-anak yang berdisiplin tanpa menonton televisyen secara berlebihan. 
• Menambah duit dalam tabung menonton televisyen. 

KEBURUKAN: 
• Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran aktiviti kesukaan mereka disekat . 
• Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar menonton televisyen. 
• Duit simpanan anak-anak semakin berkurang semata-semata untuk membayar tabung menonton televisyen. • Menghalang perkembangan otak anak-anak dengan tanpa melihat dunia luar melalui televisyen. 
• Menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan. 
• Anak-anak dikhuatiri bertambah ‘liar’ apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak dituruti. 

MENARIK: 
• Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton televisyen secara berlebihan. 
• Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin. 
• Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menangani masalah anak-anak. 

Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah lain. Tamsilnya, mengehadkan rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anak-anak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan seperti rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.

 Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja. 

 CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut:

 Faktor Sosial 
1. Merapatkan tali perhubungan antara rakan sekerja.. 
2. Mewujudkan integriti dalam pelbagai kaum. 
3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.
 4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu. 5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu. 

 Faktor Alam Sekitar 
1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan. 
2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak seperti ketika waktu pergi kerja dan waktu pulang dari tempat kerja. 

 Faktor kesesakan/ masa
 1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 
2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.

 Faktor kewangan 
1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran . 
2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan. 

Faktor keselesaan 
1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa 


No comments:

Post a Comment